PENGENALAN


 


Tenaga boleh diperbaharuhi hangat dibincangkan dimasa kini. Tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin, hujan, ombak, geoterma, yang boleh diperbaharui secara semula jadi.Potensi penggunaan tenaga sebegini adalah sangat besar, mengatasi kesemua sumber-sumber sedia ada dan telah dicadangkan untuk digunakan sebagai sumber utama penjanaan kuasa. Kebolehan menjana tenaga boleh diperbaharui dan tenaga alternatif  menjadi agenda utama kebanyakan negara-negara di seluruh dunia.

 

Kesedaran terhadap fakta bahawa kita perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar dan memperbahrui tenaga inilah menjadikan warga JKE, Politeknik Port Dickson terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk merealisasikannya.Green e-portal ini merupakan kesinambungan usaha membangunkan projek teknologi hijau di Politeknik Port Dickson sejak tahun 2010 lagi.


 


TUJUAN

·         Menerajui keperluan maklumat Tenaga Hibrid-Hijau

·         Hab rujukan/ penyelidikan / inovasi


 

 

AKTIVITI

Lawatan Penandaarasan ke Pulau Perhentian
  • Lawatan penandaarasan Program Pengajian Diploma Tenaga Hijau di Pulau Perhentian, Terengganu



 

 IGEM

The 2nd International Green Technology, Kuala Lumpur


 



  PV HOUSE


PROJEK, PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Segala projek tenaga hijau yang dirancang atau pun telah dilaksanakan adalah satu projek yang diilhamkan untuk menyatakan tanggungjawab kita yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon dalam kampus kami. Tambahan pula, kesan alam sekitar juga menjadi salah satu isu yang amat perlu diambil perhatian.

Menyumbang kepada isu ini, terdapat beberapa projek yang telah dirancang dan dibangunkan. Antaranya lampu korido LED, Turbin angin, Makmal Tenaga Hijau, Solar house, Solar Park, Green Techonoly Park dan Green house


 
 

Lampu Koridor L.E.D

Projek ini membolehkan tenaga hijau yang diperolehi daripada sistem hybrid akan menjadi sumber tenaga elektrik yang akan digunakan untuk menyalakan semua koridor di makmal dan bengkel  yang akan diterangi dengan lampu LED pada waktu malam. Aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar kita yang ekspektasinya untuk mengurangkan kesan karbon dalam kampus kami.

 

 

Turbin Angin VAWT

Satu lagi projek yang telah dibangunkan adalah Sistem Turbin VAWT Angin. Sistem ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimum dan kos rendah di mana hanya perlu menukar bateri setiap dua tahun. Panel solar yang digunakan dalam sistem ini mempunyai kecekapan yang tinggi dengan turbin angin yang sensitif terhadap angin yang lemah.

Satu penyelidikan pasaran dan khidmat nasihat komprehensif telah juga dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson dalam pemilihan perkakasan dan reka bentuk sistem hibrid. Antara pertimbangan yang telah dibuat adalah dari segi kos termasuk pembiayaan perkakasan dan kerja-kerja pemasangan.



Makmal Tenaga Hijau

Dalam usaha untuk menggalakkan "tenaga hijau", Politeknik Port Dickson juga merancang untuk membina "Tenaga Hijau Lab (GEL)" atau makmal untuk Tenaga Hijau di Malaysia. Tenaga Hijau Lab adalah kemudahan makmal yang "tenaga hijau" dan mampu menjimatkan penggunaan elektrik. Dari sini, mudah-mudahan "Hibrid Tenaga Hijau" akan membolehkan Politeknik Port Dickson untuk merebut peluang untuk membuat dan menjalankan kurikulum Diploma baru program Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Hijau).


 

 

Solar House

Aktiviti yang dirancang:

  • SOP untuk membina  Rumah Solar


 

Solar Park

Aktiviti yang telah / akan  dilaksanakan:

  • SOP untuk membina Taman Solar

 

 


Green Technology Park

 

Green House

Aktiviti yang telah / akan  dilaksanakan:

  • SOP untuk membina Rumah Hijau