PENGENALAN
Tenaga boleh
diperbaharuhi hangat dibincangkan dimasa kini. Tenaga boleh
diperbaharui ialah tenaga
yang dijana daripada sumber
semula jadi seperti cahaya
suria, angin,
hujan, ombak,
geoterma, yang boleh diperbaharui secara
semula jadi.Potensi
penggunaan tenaga sebegini adalah sangat besar, mengatasi kesemua sumber-sumber
sedia ada dan telah dicadangkan untuk digunakan sebagai sumber utama penjanaan
kuasa. Kebolehan menjana tenaga
boleh diperbaharui dan tenaga alternatif menjadi agenda utama
kebanyakan negara-negara di seluruh dunia.
Kesedaran
terhadap fakta bahawa kita perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan
kelestarian alam sekitar dan memperbahrui tenaga inilah menjadikan warga JKE,
Politeknik Port Dickson terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk
merealisasikannya.Green
e-portal ini merupakan kesinambungan usaha membangunkan projek teknologi hijau
di Politeknik Port Dickson sejak tahun 2010 lagi.
TUJUAN
·
Menerajui
keperluan maklumat Tenaga Hibrid-Hijau
·
Hab
rujukan/ penyelidikan / inovasi
AKTIVITI
Lawatan
Penandaarasan ke Pulau Perhentian
Lawatan penandaarasan
Program Pengajian Diploma Tenaga Hijau di Pulau Perhentian, Terengganu
IGEM
The
2nd International Green Technology, Kuala Lumpur
PV HOUSE
PROJEK, PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Segala
projek tenaga hijau yang dirancang atau pun telah dilaksanakan adalah satu projek yang diilhamkan
untuk menyatakan tanggungjawab kita
yang berhasrat untuk mengurangkan jejak
karbon dalam kampus kami. Tambahan pula, kesan alam sekitar juga menjadi salah satu isu yang amat perlu diambil perhatian.
Menyumbang kepada isu ini, terdapat beberapa
projek yang telah dirancang dan
dibangunkan. Antaranya lampu korido LED, Turbin angin, Makmal Tenaga Hijau,
Solar house, Solar Park, Green Techonoly Park dan Green house
Lampu Koridor L.E.D
Projek
ini membolehkan tenaga hijau yang diperolehi daripada sistem hybrid akan
menjadi sumber tenaga elektrik
yang akan digunakan untuk menyalakan semua
koridor di makmal dan bengkel yang akan diterangi dengan lampu LED
pada waktu malam. Aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar kita yang ekspektasinya untuk mengurangkan kesan
karbon dalam kampus kami.
Turbin Angin VAWT
Satu lagi projek yang telah dibangunkan
adalah Sistem Turbin
VAWT Angin. Sistem
ini hanya memerlukan penyelenggaraan
yang minimum dan kos rendah di
mana hanya perlu menukar bateri
setiap dua tahun. Panel solar yang digunakan dalam sistem ini mempunyai kecekapan
yang tinggi dengan turbin angin
yang sensitif terhadap angin yang lemah.
Satu penyelidikan pasaran dan
khidmat nasihat komprehensif telah juga dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port
Dickson dalam pemilihan perkakasan dan reka bentuk sistem hibrid. Antara pertimbangan
yang telah dibuat adalah dari segi kos termasuk pembiayaan perkakasan dan kerja-kerja pemasangan.
Makmal Tenaga Hijau
Dalam
usaha untuk menggalakkan "tenaga
hijau", Politeknik Port Dickson juga
merancang untuk membina "Tenaga Hijau Lab (GEL)" atau makmal untuk Tenaga Hijau di Malaysia.
Tenaga Hijau Lab adalah
kemudahan makmal yang "tenaga
hijau" dan mampu menjimatkan penggunaan elektrik. Dari sini, mudah-mudahan "Hibrid Tenaga Hijau" akan membolehkan Politeknik Port Dickson untuk merebut peluang untuk membuat dan
menjalankan kurikulum Diploma
baru program Kejuruteraan
Elektrik (Teknologi Hijau).
Solar House
Aktiviti yang
dirancang:
SOP untuk membina Rumah Solar
Solar Park
Aktiviti yang telah / akan dilaksanakan:
SOP untuk membina Taman Solar
Green Technology Park
Green House
Aktiviti
yang telah / akan dilaksanakan:
SOP untuk membina Rumah Hijau